ISU SEMASA

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KUANG HWA MELAKA

Tuesday, 9 September 2014

SEJARAH SJKC KUANG HWA

SJKC Kuang Hwa ditubuhkan pada tahun 1932 oleh En.Tan Boon Toh, En.Soon Chee Lian, En Tan Chee Loon dan En Chan Eng. Kesemuanya merupakan orang kenamaan di Pekan Umbai. En Chan Eng adalah orang yang mula-mula menjadi Guru Besar. Oleh kerana kekurangan wang unutk membina bangunan sekolah sendiri, loteng sebuah kedai di Pekan Umbai dipinjam untuk menjadikan bilik darjah. Alat-alat kelengkapan persekolahan amat kurang. Bilangan muridnya hanyalah seramai 15 orang. Bilangan murid bertambah ramai adalam tahun 1938. Hanya pada 1939,barulah sebuah bangunan sekolah yang sempurna dapat didirikan. seorang guru lagi ditambah untuk keperluan pelajaran seramai 60 orang murid.

Namun demikian, sekolah ini terpaksa ditutup pada tahun 1942 kerana peperangan dunia kedua. Ia dibuka semula dalam tahun 1945 oleh seorang British. Pada masa itu bilangan murid amatlah berkurangan, hanya tinggal 30 0rang murid dan seorang guru sahaja. Kerana kekurangan wang kemajuan dan pencapaian murid amatlah rendah. Pada tahun 1952, sekolah ini menerima bantuan penuh dari Kementerian Pelajaran. Kesulitan wang dapat diatasi. Bilangan guru ditambah menjadi 6 orang kesemuanya. Peningkatan bilangan murid sehingga lebih 100 orang dalam tahun 1959 menyebabkan kekurangan bilik darjah. Untuk mengatasinya, waktu belajar dibahagiakan kepada pagi dan petang.

En Hau See Kong meletak jawatan sebagai Guru Besar pada bulan Ogos, 1959 dan tempatnya diambil alih oleh En Lim Kim Seng sehingga April 1984. Semenjak En Lim Kim Seng memegang jawatan Guru Besar, Sekolah ini bertambah maju. Ini berdasarkan bilangan murid yang bertambah setiap tahun dan pencapaian murid-murid dalam peperiksaan boleh dikatakan membanggakan. Tahun berlalu, bangunan sekolah ini yang dibina pada tahun 1939 dahulu bertambah buruk. Memandangakan hal yang sedemikian, Kementerian Pelajaran teLah bermurah hati memberikan sekeping tapak bangunan seluas 3 hektar di Batu 9, Kampung Umbai yang dikenali dengan panggilan Bukit Gereja. Diatas tanah inilah Pengerusi LPS En How Kep Bot PPN berusaha membantu unutk pembinaan sebuah bangunan baru.


 Hanya pada 1974, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan pembinaan sebuah bangunan baru yang mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah bilik guru besar, sebuah pejabat, sebuah bilik guru, 2 buah stor, 2 buah tandas, dan sebuah kantin. Sebuah gelanggang badminton dan bola keranjang juga dibuat. Perbelajaan keseluruhan pembinaan SJK C KUANG HWA, Umbai ini menelan belanja RM144,000.000 Penggunaan sepenuhnya bagunan baru ini bermula pada 16.6.1975. Mengikut bilangan terakhir sekolah ini mempunyai seramai 220 murid dan 8 orang guru. Memandangan keadaan dan suasana sekeliling, keramaian murid di sekolah ini akan terus bertambah.



No comments:

Post a Comment